fbpx

Andrew Garfield ‘puasa’ seks demi watak paderi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDREW GARFIELD

PELAKON Andrew Garfield terpaksa mengorbankan keinginan daripada menikmati makanan enak serta kehidupan penuh keseronokan demi menjayakan watak sebagai seorang paderi menerusi filem Silence pada 2016.

Pelakon kelahiran Los Angeles, Amerika Syarikat itu juga terpaksa menahan diri daripada melakukan seks selama enam bulan untuk menjadi seorang ‘lelaki suci’ demi menghayati watak sebagai paderi bernama Sebastiao Rodrigues.

Perkara tersebut didedahkan sendiri pelakon berusia 39 tahun itu ketika ditemu bual secara podcast oleh pengacara Marc Maron.

“Saya melakukan banyak latihan berbentuk spiritual setiap hari. Untuk menjayakan watak sebagai paderi itu, saya sanggup menahan diri daripada duniawi termasuk berpuasa melakukan seks selama enam bulan,” jelasnya.

Jelas pelakon itu lagi, dia mengakui terseksa dengan apa yang dilakukannya, namun terpaksa berusaha keras untuk tidak melakukan dosa dengan mendekati perkara terlarang.

“Jiwa saya meronta-ronta ketika itu, tapi saya terpaksa demi tanggungjawab sebagai pelakon.

“Hasilnya, saya dapat membawakan watak sebagai paderi dengan begitu baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI