fbpx

Ambil dadah, Nam Tae-hyun disiasat polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAM TAE-HYUN

SELEPAS mencetuskan kontroversi berkenaan dakwaan penggunaan dadah oleh teman wanitanya, penyanyi Nam Tae-hyun kini dilaporkan sedang disiasat pihak polis berhubung tuduhan tersebut.

Stesen Polis Yongsan Seoul baru-baru ini memaklumkan Tae-hyun bersama teman wanitanya, Seo Min-jae ditahan atas kesalahan melanggar Akta Kawalan Narkotik.

Minggu lalu, dunia hiburan K-pop dikejutkan dengan pendedahan mengejut Min-jae terhadap teman lelakinya yang dituduh mengambil bahan terlarang.

Malah, dia sendiri mendedahkan terdapat jarum yang digunakan bekas anggota kumpulan WINNER itu untuk menghisap dadah yang ditinggalkan di dalam bilik atau pejabatnya.

Selain tuduhan dadah, wanita itu juga mendakwa Tae-hyun memukulnya.

Bagaimanapun, sehari selepas membuat pendedahan tersebut, Min-jae tampil menarik semula kenyataannya dengan mendakwa ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar kerana menggunakan ubat berlebihan.

Biarpun dakwaan tersebut sudah dipadam dalam Instagramnya, tetapi pasangan itu tetap disiasat oleh polis atas dakwaan dikenakan terhadap Tae-hyun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI