fbpx

Aaron-Wooi Yik gah di persada dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kanan) dan Wooi Yik mudah menjinakkan pasangan berpengalaman dari Indonesia secara straight-set pada Kejohanan Dunia semalam. – BWF

SAMBUTAN Bulan Kemerdekaan tahun ini lebih bermakna selepas Malaysia buat pertama kalinya memiliki juara dunia dalam sukan badminton menerusi beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Gimnasium Metropolitan Tokyo semalam, gandingan No.6 dunia itu berjaya menjinakkan juara dunia tiga kali dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan menerusi aksi straight-set 21-19, 21-14.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan penantian Malaysia selama 45 tahun untuk melahirkan juara dunia selain menjadi gelaran sulung buat Aaron-Wooi Yik dalam saingan individu di peringkat antarabangsa.

Pada perlawanan tersebut, pemenang pingat emas Sukan SEA Filipina 2019 itu terlebih dahulu ketinggalan 7-11 sebelum kembali memperkemaskan permainan selain mengubah taktik serta strategi.

Perubahan taktikal yang dilihat lebih kepada bertahan membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan 19-19 sebelum memastikan kemena­ngan set pertama 21-19 dalam tempoh 25 minit.

Memasuki set kedua, Aaron-Wooi Yik mengekalkan corak permainan sama dengan mengamalkan taktik bertahan dan serang balas memandangkan jaguh Indonesia itu menampilkan aksi cukup agresif menerusi pukulan-pukulan smash.

Hasil kesabaran yang ditunjukkan dalam perlawanan tersebut, Aaron-Wooi Yik berjaya menamatkan penantian Malaysia untuk memiliki juara dunia apabila berjaya memastikan kemenangan mutlak 21-14.

“Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata mengenai pe­rasaan kami ketika ini. Sudah tentu kami gembira dengan pencapaian untuk diri sendiri serta negara sebagai juara dunia pertama dari Malaysia.

“Tahun lalu kami dapat pingat gangsa di Sukan Olimpik di Tokyo dan kali ini pingat emas. Saya fikir Tokyo bawa tuah kepada kami. Mereka (Ahsan-Hendra) sangat bagus di tiga pukulan pertama, tetapi kami bermain lebih sabar dan tunggu peluang terbaik,” kata Aaron.

Sementara itu, Wooi Yik pula menyuarakan rasa puas hati selepas perjuangan mereka sejak digandingkan pada 2017 membuahkan hasil selain mahu menjadi pemain yang serba boleh di atas gelanggang.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI