fbpx

3 pulau peranginan dicadang sebagai Pulau Tenaga Hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua kiri) diiringi Takiyuddin (tengah) ketika melawat dan melihat sebahagian produk pameran pada Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) ke-5 2022 di KLCC di sini hari ini. /FOTO AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Tiga pulau peranginan di negara kini dicadangkan untuk dijadikan sebagai Pulau Tenaga Hijau dengan menggunakan 100 peratus Tenaga Boleh Baharu (TBB).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, antara pulau-pulau yang dicadangkan ialah, Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Terengganu serta Pulau Tioman, Pahang.

“Satu kertas cadangan sudah dibentangkan kepada Kabinet mengenai inisiatif meujudkan Pulau Tenaga Hijau pada Jumaat lepas.

“Kerajaan memang serius dan kita mengharapkan komponen yang 100 peratus hijau walau tidak di seluruh negara nanun di tempat-tempat tertentu, misalnya di pulau-pulau yang menggunakan 100 peratus TBB,” katanya pada sidang akhbar selepas program Persidangan Tenaga Lestari (ISES) Ke-5 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Turut hadir pada pesidangan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, satu kajian Malaysia Energy Transition Outlook (METO) kini sedang disediakan kerajaan dengan kerjasama Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

“Kajian yang dilakukan ini amat penting kerana ia akan memberi kita garis panduan bagaimana mencapai pelepasan karbon sifar bersih 2050,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI