TOKYO – Sebuah syarikat Jepun mencipta mesin basuh mini mudah alih menggunakan beg dobi yang dinamakan The Attack Zero, lapor laman Oddity central kelmarin.
Beg dobi Attack Zero adalah beg zip lima liter yang direka untuk membantu pengguna melakukan cucian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Apa yang anda perlu lakukan adalah membuka zip, letakkan pakaian kotor anda di dalamnya bersama-sama cecair atau serbuk pencuci dan mengisi air.
Kemudian tutup poket zip, goncangkan beg Attack Zero untuk memastikan pakaian itu basah sepenuhnya dan gosok beg itu perlahan-lahan seperti yang anda lakukan jika anda mencuci pakaian dengan tangan.
Akhir sekali, tanggalkan injap kecil di sisi beg dan alirkan campuran air kotor keluar. Kemudian tambah air bersih baharu untuk membilas pakaian dan ulangi proses itu seberapa banyak yang perlu.
Beg dobi Kao Attack Zero sesuai untuk pelbagai situasi terutama di apabila pengguna berada di kawasan yang tidak menyediakan mesin basuh konvensional seperti tapak perkhemahan.
Sekiranya berlaku bencana alam, apabila elektrik terputus, beg dobi ini adalah pilihan yang baik.
Menurut beberapa individu yang telah berkongsi pendapat mereka tentang beg dobi Kao Attack Zero, peranti ini bagus untuk sehingga 10 pusingan basuhan. – Agensi