fbpx

Sungai Gombak, KL meningkat melebihi paras amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Dua sungai di Kuala Lumpur dilaporkan melebihi paras amaran dan waspada berikutan hujan lebat berterusan sejak petang tadi.

Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 11.15 malam, kedua-dua sungai itu masih menunjukkan trend meningkat.

Sungai Gombak di Jalan Tun Razak merekodkan bacaan 30.59 meter (m) melebihi paras amaran berbanding normal iaitu 29 m.

Selain itu, Sungai Klang di Jambatan Tun Perak pula mencatatkan bacaan 28.05 m melebihi paras waspada.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan empat sungai di Selangor mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya, amaran dan waspada setakat pukul 10 malam tadi.

Ia melibatkan Sungai Jijang di Taman Desa Merpati (Sepang), Sungai Damansara di Kg. Melayu Subang (Petaling), Sungai Buloh di Paya Jaras (Petaling) dan Sungai Langat di Bukit Changgang (Kuala Langat). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI