fbpx

RichWorks tawar 10,000 tiket bantu usahawan elak ‘gulung tikar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Radziman (tiga dari kiri) bergambar bersama Usahawan Jutawan tempatan ketika merasmikan Program 10x Bina Bisnes Berjaya (10xBBB) di Karnival UDA USHAniaga, Keluarga Malaysia di Odean Walk Kuala Lumpur hari ini. - FOTO Mohd. Firdaus Mohd. Johari

KUALA LUMPUR – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menawarkan 10,000 tiket sempena edisi ketiga program 10x Bina Bisnes Berjaya (10xBBB) pada 28 hingga 30 Oktober 2022 di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam, Selangor.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Mohd. Radziman Mohd. Noor berkata, program selama tiga hari itu berobjektifkan dalam membantu golongan usahawan menangani krisis yang melanda negara ketika ini agar tidak mudah ‘gulung tikar’.

“Kami anjurkan 10xBBB bagi memenuhi permintaan ramai bangsa usahawan yang serius dan komited mengembangkan bisnes.

“Apatah lagi, ketika itu sudah masuk suku tahun keempat 2022 dan dijangka cabaran lebih besar menanti bangsa usahawan ekoran ketidaktentuan ekonomi global,” katanya ketika ditemui di Majlis Prapelancaran 10xBBB di Karnival UDA USHAniaga, Keluarga Malaysia di sini, hari ini.

Tambah Radz, 10xBBB merupakan platform penting untuk usahawan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam menyediakan diri malah bisnes mereka.

“RichWorks bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menjemput bangsa usahawan, tak kira anda pengasas atau pemilik, stokis, ejen dan dropship hadir ke 10xBBB.

“Tempat adalah terhad, rebut peluang ini segera kerana tawaran tiket percuma akan ditutup dalam masa terdekat,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Radziman memberitahu tempahan tiket boleh dibuat bermula hari ini secara dalam talian dengan layari www.binabisnesberjaya.com.

“Pelbagai promosi diberikan terutama sempena Hari Kebangsaan 2022 ini, tiket sangat terhad, siapa cepat dia dapat,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI