fbpx

Pilihan raya? Tunggu.. tunggu.. – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Perdana Sempena Sambutan Ke-60 Jabatan Kemajuan Masyarakat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) sebentar tadi.

SERDANG – Tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) masih menjadi teka-teki ketika ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih lagi ‘merahsiakan’ mengenai perkara itu.

Ketika ditanya media berhubung perkara itu sebentar tadi, beliau menjawab ringkas:

“Tunggu, tunggu, tunggu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Perhimpunan Perdana Sempena Sambutan Ke-60 Jabatan Kemajuan Masyarakat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini.

Ketika ini, terdapat desas-desus yang mengatakan tarikh PRU-15 semakin hampir berikutan pembentangan Bajet 2023 diawalkan tiga minggu berbanding tarikh sebenar.

Perkara itu disahkan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang memaklumkan pembentangan bajet dijadualkan pada 7 Oktober ini.

Sebelum ini Bajet 2023 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 28 Oktober ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI