fbpx

Peniaga edar 97 gram syabu ke tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hesham (dua dari kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk menjalani prosiding jatuh hukum hari ini. /FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang peniaga dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 97 gram di Tanah Merah dekat sini empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Abazafree Mohd. Abbas menetapkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh,
Noor Hesham Hamid, 42, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan di akhir kes pembelaan hari ini.

Menurutnya, hukuman itu juga diputuskan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Keterangan tertuduh adalah penafian semata-mata, tidak konsisten dan bersifat difikirkan semula termasuk dalam soal pemilikan dadah yang dirampas.

“Tertuduh juga didakwa sengaja mereka cerita mengenai dua individu yang ada bersamanya ketika serbuan dilakukan. Selain itu, individu tersebut nyata tidak muncul malah tidak dapat dinyatakan nama penuh, pengenalan diri dan bangsa sehingga hari ini,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Noor Hesham didakwa mengedar 97 gram dadah jenis methamphetamine di tepi jalan Taman Manal Jaya, Tanah Merah dekat sini kira-kira pukul 8.30 malam pada 26 November 2018.

Terdahulu, Norazlinawati meminta satu hukuman berat dan setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh memandangkan kes dadah semakin berleluasa.

Menurutnya, mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam dan hukuman yang setimpal itu mampu memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mahkamah kemudian menetapkan hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI