LAMA tak dengar khabar berita tentang pelakon cantik Hannah Delisha. Sejak sudah mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, semakin tenggelam nama pelakon asal Singapura itu.
Tetapi baru-baru ini, nama Hannah kembali diperkatakan selepas menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022).
Dalam acara tersebut, pelakon itu hadir menggayakan busana rekaan Alia Bastamam berona jingga terang.
Bagaimanapun, penampilan Hannah nampaknya tidak begitu disenangi peminat apabila busana yang digayakan dikritik kerana dianggap tidak bersesuaian dengan imejnya yang kini sudah pun berhijab.
Apa yang membuatkan Hannah dikecam apabila dia menggayakan bengkung yang dipakai pada bahagian luar sehingga menonjolkan ‘sesuatu’ yang tidak sepatutnya dipamerkan.
Dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya tidak bersetuju dan mempersoalkan bengkung yang dipakai pelakon cantik manis itu kerana mencemarkan penampilan muslimahnya.
“Cantik. Tetapi lagi cantik kalau baju itu longgar sedikit,” tegur seorang peminatnya.
“Tolong jangan pakai bengkung,” kata seorang lagi netizen.
“Tolong tutup apa yang patut ditutup,” ujar seorang pengikutnya.
Malah, ada netizen mengatakan mereka lebih sukakan penampilan Hannah ketika awal penghijrahannya kerana dilihat lebih sopan dan sejuk mata memandang.
Diva pun sebenarnya agak kecewa dengan gaya Hannah. Selepas mengambil keputusan berhijab, dia sebelum ini sangat menjaga penampilan dan memakai hijab dengan menutup dadanya. Sekarang dah berani tunjuk leher dan sebagainya. Kenapa tu Hannah?
DIVA: Mati-mati ingatkan Zara Zya dan Shuib bercinta. Hujung-hujung lain pula jadi. Nasiblah badan kena ‘game’.