fbpx

Neelofa sebenarnya sudah ‘tunjuk’ Bilal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT comel Bilal yang semakin aktif bermain mencairkan hati peminat.

SEHINGGA hari ini, sebarang perkongsian Neelofa mengenai anak sulungnya, Muhammad Bilal pasti akan menuai perhatian ramai walaupun wajah si kecil itu belum didedahkan kepada umum.

Beberapa hari lalu, bekas pengacara MeleTOP itu kembali membuatkan peminatnya tersenyum gembira apabila berkongsi gelagat Bilal bermain.

Nampak sangat Neelofa pun macam ibu-ibu lain teringin nak kongsi gambar dan telatah anak dalam media sosial. Untuk peminat, jangan banyak tanya, Neelofa sebenarnya sudah tunjuk ‘wajah’ Bilal sebenarnya.

Ramai geram tengok rambut Bilal yang sangat lebat. Kata netizen, tengok rambut pun sudah rasa geram!

Dalam perkongsian sama, Neelofa turut berkongsi gelagat anaknya meniarap sehingga masuk ke bawah sofa.Teringat pula kata-kata Neelofa dan Haris yang takut Bilal terkena penyakit ain. Mungkin bagi mereka, penyakit ain hanya untuk muka.

“Undur, undur kemudian terlekat di situ (bawah sofa),” tulisnya.

Ramai sudah tidak sabar untuk menatap wajah si cilik popular ini.

Adakah mungkin selepas umur Bilal setahun, barulah Neelofa akan berkongsi wajah anaknya kepada umum?

DIVA: Geram pula dengan kenyataan seorang aktres yang dakwa ramai pelakon sudah lama ‘banned’ sebuah akhbar. Dia tak tahu ke bertahun-tahun sebelum ini ada muka lawa diharamkan sebuah akhbar ternama. Perasan!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI