fbpx

Mohamaddin Ketapi umum sertai Parti Bangsa Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamaddin ketika sidang akhbar mengumumkan penyertaannya ke dalam PBM di Kota Kinabalu hari ini. /FOTO IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi, hari ini mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Mohamaddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama memaklumkan perkara itu dalam sidang akhbar khas sebentar tadi.

“Hari ini saya ingin mengumumkan secara rasmi bahawasanya saya kini menyertai PBM.

“Saya memilih wadah perjuangan parti ini selepas menilai dan meneliti perlembagaan parti yang menjadi teras penubuhannya iaitu memperjuangkan pelaksanaan hak dan autonomi wilayah borneo Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Turut hadir Presiden PBM merangkap Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng dan Presiden Parti Kuasa Rakyat, Kamarazaman Yaakob.

Dalam pada itu, ditanya sama ada bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selepas menyertai PBM, Mohamaddin memaklumkan beliau menyerahkan keputusan penuh mengenai perkara itu kepada pucuk pimpinan.

“Saya tidak boleh cakap sebab semuanya bergantung kepada keadaan namun tentu sekali semua calon akan bertanding atas logo PBM. Bagaimanapun, saya merancang melakukan jelajah seluruh Sabah dan mahu rekrut lebih banyak ahli menyertai parti ini,” katanya.

Terdahulu, Mohamaddin yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 30 Oktober tahun lalu mengumumkan keluar daripada Parti Warisan (Warisan) dan menjadi wakil rakyat bebas di Dewan Rakyat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI