fbpx

Lisa Surihani tak lupa dunia lakonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA SURIHANI

“KALAU ikutkan, sampai sekarang masih menerima tawaran lakonan, tapi saya sendiri yang tolak.

“Saya lebih ke arah pengacaraan. Untuk lakonan, saya kena lihat dahulu jenis watak, adakah sesuai atau tidak.”

Itu jawapan ringkas pelakon berbakat besar, Datin Lisa Surihani menjawab persoalan tentang butang aktifnya terhadap karier lakonan.

Sejak bertudung litup, bintang filem Istanbul Aku Datang itu mengakui kehidupannya kini jauh lebih tenang, terutama selepas pintu hijrah dilangkahi sejak tiga tahun lalu.

Penghijrahan bagaimanapun bukanlah satu indikasi buat Lisa untuk menutup pintu-pintu seni yang selama ini menjadi periuk nasinya.

LISA tidak pernah menutup sepenuhnya pintu dunia lakonan, cuma selektif terhadap naskhah yang benar-benar sesuai dengan imej Muslimah.

“Ya, jujur saya katakan, kalau dari segi karier lakonan memang sekarang ini agak perlahan.

“Bukan tiada langsung tawaran, tetapi ada naskhah yang terpaksa saya tolak secara baik.

“Ada juga naskhah yang sudah saya terima, tetapi masih belum memulakan penggambaran.

“Cinta saya terhadap bidang ini tidak pernah bernoktah. Selamanya saya akan terus bergelar seorang anak seni,” katanya.

Akui Lisa juga, kecenderungannya kini terarah terhadap pengacaraan dan program televisyen berunsur islamik.

“Jujur saya katakan, buat masa ini saya lebih tertarik dan suka dengan dunia pengacaraan.

“Saya yakin dengan rezeki Allah dalam bidang ini dan akan terus berada di sini selagi diperlukan,“ ujarnya yang mula diberi kepercayaan untuk mengacarakan program sulungnya, Tanya Doktor.

Ditanya mengenai pandangan suaminya yang juga pengarah, penerbit dan komposer, Datuk Yusry Abdul Halim mengenai perubahan dan ‘cinta’ baharunya itu, Lisa bersyukur lelaki itu memahami dan menyokong apa yang dilakukannya kini.

LISA bersyukur kerana suami tercinta, Yusry Abdul Halim sentiasa menjadi penyokong kuat dirinya selama ini.

“Alhamdulillah suami menerima dengan hati terbuka dan menyokong apa sahaja yang saya lakukan asalkan tidak melanggar batas sebagai seorang isteri dan Muslim.

“Keredaan dan restu dia (suami) memang saya perlukan.

“Dia sangat memahami dan menjadi tulang belakang saya dari mula kami bernikah hinggalah ke hari ini,” katanya.

Menutup bicara, Lisa memohon doa daripada semua peminat agar dirinya terus kekal istiqamah ke jalan Allah dan menjadi Muslim contoh kepada yang lain.

Atas dasar istiqamah juga, Lisa enggan terlalu kerap bercerita tentang perubahannya kepada umum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI