fbpx

Lelaki dicekup ketika leka bungkus air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tempat pemprosesan air ketum yang diserbu polis di kawasan hutan dekat Kampung Guar, Bukit Keteri pada semalam

PADANG BESAR – Seorang lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai mengambil upah membungkus air ketum ditahan dalam serbuan di kawasan hutan di Kampung Guar, Bukit Keteri dekat sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, suspek didapati sedang membungkus air ketum di dalam khemah kanvas yang dipercayai dijadikan tempat pemprosesan air tersebut sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, suspek cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis, namun berjaya diberkas beberapa meter dari lokasi serbuan.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya turut merampas daun ketum, lima botol ubat batuk, satu periuk berisi air ketum, tiga bekas plastik biru berisi air ketum dan beberapa barangan lain dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM3,270.

“Polis sedang mengesan pemilik air daun ketum itu bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI