fbpx

Jual kad Touch ‘n Go lebih mahal, orang ramai naik angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kad Touch ‘n Go.

KUALA LUMPUR – Tindakan individu tertentu memonopoli harga Touch ‘n Go (TnG) NFC dengan menjual melebihi 800 peratus daripada harga asal merupakan perkara yang tidak berasas dan menyusahkan orang ramai.

Harga sebenar kad tersebut hanyalah RM10 namun, kerana sukar untuk mendapatkannya, ada yang menjual sekitar RM75 hingga RM120 di dalam talian.

Perkara ini dibangkitkan oleh @roku_shikii di laman Twitter yang berang terhadap individu tertentu yang menjual semula kad tersebut melebihi 800 peratus daripada harga asal.

Rata-rata orang ramai mahu tindakan dikenakan terhadap individu tersebut dan campur tangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung perkara ini.

Tangkap layar yang dikongsikan orang ramai.

“Aku beli dekat petronas RM10 tambah RM2 cas perkhidmatan, ini sampai RM80, dah kenapa?” soal Shahrulromlee.

Menurut penjual semula kad tersebut, bukan sengaja untuk dia menaikkan harga tetapi harga yang dikenakan pembekal sudah tinggi.

“Kad ini sesuai untuk orang yang malas turun kereta pergi tambah nilai, tak kena hujan, tak kena panas,” kata penjual.

Namun, TnG dalam satu komen menasihatI orang ramai untuk tidak membeli kad tersebut daripada penjual berkenaan dan membelinya di tempat yang terpilih. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN