fbpx

Indonesia mansuh syarat ujian Covid-19 untuk pengangkutan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakyat Indonesia kini diwajibkan menunjukkan sijil vaksinasi penggalak sebagai pengganti ujian Covid-19. - Liputan6

JAKARTA – Penduduk Indonesia  tidak perlu lagi menunjukkan keputusan ujian antigen atau ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) Covid-19 sebagai syarat menggunakan pengangkutan awam, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia, semalam.

Pemerintah telah memansuhkan ujian Covid-19 daripada syarat perjalanan. 

Bagaimanapun, orang ramai kini mesti mempunyai sijil vaksinasi dos  penggalak bagi membolehkan mereka menggunakan pengangkutan awam sama ada jalan  darat, laut atau udara.

Ketentuan peraturan perjalanan tersebut termaktub dalam Surat Pekeliling No. 24 Tahun 2022 tentang Ketentuan Perjalanan Orang Dalam Negeri Selama Pandemik  Corona Virus Disease 2019 (Covid-19). 

Pekeliling rasmi itu ditandatangani oleh Ketua Petugas Penanganan Covid-19, Leftenan Jeneral Suharyanto pada 25 Ogos lalu.

“Tidak wajib menunjukkan keputusan negatif ujian PCR atau ujian antigen pantas bagi melakukan perjalanan dalam negara dengan melaksanakan protokol kesihatan yang ketat,” kata Suharyanto.

Setiap pengembara domestik (PPDN) diwajibkan menggunakan aplikasi PeduliLindung.

Sementara itu, PPDN yang mempunyai keadaan kesihatan khas atau mempunyai komorbiditi dan tidak dapat menerima vaksin Covid-19, dikecualikan daripada kewajipan vaksin.

PPDN dengan keadaan kesihatan khas juga tidak perlu menunjukkan keputusan negatif ujian PCR atau antigen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI