fbpx

Hatrik pertama Haaland julang kemenangan City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND (kiri) memastikan kebangkitan City dengan meledak hatrik untuk melakar kemenangan 4-2 ke atas Palace di Stadium Etihad sebentar tadi. - AFP

MANCHESTER – Erling Haaland membuktikan statusnya sebagai penggempur utama Manchester City apabila meledak hatrik dalam kemenangan 4-2 ke atas Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Ia adalah hatrik pertama penyerang berusia 22 tahun itu dalam kariernya bersama The Citizens sejak berhijrah daripada Borussia Dortmund dengan yuran perpindahan bernilai €60 juta (RM267.11 juta) pada Mei lalu.

Dalam aksi di Stadium Etihad itu, City terlebih dahulu ketinggalan dua gol kepada Palace menerusi jaringan sendiri John Stones seawal minit keempat dan tandukan daripada Joachim Andersen pada minit ke-21.

Bagaimanapun, City bangkit merapatkan jurang menerusi gerakan solo menarik daripada Bernardo Silva pada minit ke-53 untuk menjadikan kedudukan 1-2.

Pengurus City, Pep Guardiola enggan mengambil risiko dan membawa masuk Ilkay Gundogan serta Julian Alvarez bagi memberikan nafas baharu kepada jentera serangan skuad bimbingannya.

Percaturan itu ternyata membuahkan hasil apabila Haaland berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-62 sebelum bintang Norway tersebut memastikan City mendahului 3-2 berselang lapan minit kemudian.

Haaland terus memperlihatkan ketajamannya dengan gol ketiga peribadi pada minit ke-81 sekali gus memastikan skuad juara bertahan EPL itu memungut tiga mata berharga selepas ketinggalan dua gol awal.

Keputusan itu membolehkan City kembali ke landasan kemenangan selepas diikat 2-2 dengan Newcastle United pada aksi ketiga minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI