fbpx

Dah haji, kenapa Fizo Omar masih berseluar pendek?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN percutian Fizo Omar dikecam netizen yang tidak selesa apabila figura popular bergelar haji sepertinya masih mengenakan seluar pendek di tempat umum.

PETALING JAYA – “Sedih pula rasa. Fizo dah pergi haji kenapa masih berseluar pendek?”

Demikian antara teguran yang ditinggalkan netizen terhadap pelakon terkenal Fizo Omar apabila berkongsi foto percutiannya bersama keluarga di Taman Tema Legoland Malaysia Resort.

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsikan pelakon berusia 36 itu, Fizo dilihat bercuti bersama isterinya, Fazeera Nazri Aziz serta anaknya Maryam.

“Beginilah kalau sudah jadi ibu bapa. Cari lokasi untuk anak-anak dan kami memilih LegolandMalaysia Resort.

“Asalkan anak-anak mendapat keseronokan maksimum. Ibu bapa pun boleh buat reunion (perjumpaan semula),” tulisnya dalam Instagram.

Namun apa yang menjadi perhatian netizen apabila pelakon itu dilihat memakai seluar terlalu pendek sehingga ke paras paha.

Segelintir komen yang ditinggalkan peminatnya meluahkan rasa kesal apabila Fizo atau nama Wan Hafizol Wan Omar mempamerkan auratnya untuk tatapan orang ramai.

“Tolong tutup aurat. Malu dengan anak-anak,” ujar seorang netizen.

“Aurat lelaki kena melepasi lutut. Harap maklum. Isteri masing-masing pandai-pandailah tegur. Nanti asyik suruh doakan yang baik-baik kalau diri sendiri tak nak berubah,” kata seorang lagi netizen.

Dalam percutian itu, Fizo juga berkesempatan bertemu dengan pasangan selebriti Fasha Sandha dan juga suaminya, Aidil Aziz apabila terserempak dengan mereka yang menghabiskan waltu bersama keluarga di tempat yang sama.

Sebagai info, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu pernah menunaikan ibadah haji pada tahun 2019. Dalam satu perkongsiannya sebelum ini, Fizo pernah mengajak golongan muda untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada usia muda ketika masih sihat dan bertenaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI