fbpx

Cuaca cerah di ibu negara, raptai Hari Kebangsaan berjalan lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raptai Hari Kebangsaan. -Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Keadaan cuaca dilihat cerah dan baik ketika ini melancarkan acara raptai sempena Hari Kebangsaan di sekitar ibu negara yang bakal berlangsung pada Rabu nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laporan cuaca di aplikasi YouTube memaklumkan hampir kesemua negeri di Semenanjung berada dalam keadaan yang baik tanpa cerapan hujan dan dijangka berlarutan sehingga lewat tengah hari nanti.

Sementara itu, bagi tinjauan cuaca di negeri Sabah dan Sarawak, hampir semua bahagian dilaporkan berada pada tahap yang baik.

Bagaimanapun, pada sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan, hujan lebat serta ribut petir lebih tertumpu di negeri sekitar pantai barat dan pedalaman Semenanjung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI