fbpx

Bilik mahasiswa seperti pelupusan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bilik mahasiswa di salah sebuah universiti awam di Pulau Pinang yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – “Bijak dalam pendidikan belum tentu mencerminkan keperbadian yang bersih, kemas, ramai pelajar sikap pemalas macam ini”.

Demikian luahan rata-rata orang ramai yang kurang senang dengan sikap pemalas segelintir mahasiswa, malah sering memberi alasan terlalu sibuk dengan tugasan kuliah sehingga tidak sempat mengemas bilik tidur.

Terbaharu, tular di media sosial beberapa gambar menunjukkan keadaan sebuah bilik mahasiswa di salah sebuah universiti awam di Pulau Pinang yang kelihatan kotor serta dipenuhi sampah sarap.

Lebih teruk, terdapat sisa makanan turut dibiarkan di atas meja selain pada bahagian sudut bilik sehingga berbau busuk dan berkulat.

Sementara itu, beberapa helai pakaian juga dibiarkan di atas katil tanpa berlipat.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna tampil berkongsi pengalaman mereka sewaktu mempunyai rakan sebilik yang pengotor seperti perkongsian tersebut.

“Budak bilik masa belajar dekat universiti dulu sama pengotor macam ini, sampai busuk satu bilik, bila ditegur, dia buat muka dengan aku, akhirnya aku mengalah tidur bilik dengan member, boleh pengsan bau busuk,” kongsi @OjiJejaka99.

“Buat laporan supaya diambil tindakan oleh pihak pengurusan asrama, jika perlu, keluarkan nama dia sebagai penghuni asrama, memalukan sahaja,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI