fbpx

Audi bakal sertai saingan F1 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUDI akan mengumumkan pasukan yang akan bekerjasama dengan mereka pada hujung tahun ini, namun mengesahkan penglibatan mereka sebagai pengeluar enjin bermula 2026. – AFP

SPA-FRANCORCHAMPS – Pengeluar kereta berpangkalan di Jerman, Audi akhirnya sah menyertai perlumbaan terkemuka dunia Formula Satu (F1) sebagai pembekal enjin pada musim 2026.

Jenama kereta tersohor dunia itu sebelum ini dikatakan berminat untuk menyertai F1 terutama selepas pengenalan peraturan baharu membabitkan enjin F1.

Mereka dilaporkan ber­usaha untuk membeli pasukan sedia ada dan telah mengadakan perbincangan dengan Sauber, Williams, Aston Martin dan McLaren.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada Audi berkenaan pasukan mana yang akan menjalani kerjasama berkenaan, namun keputusan akhir akan dibuat pada penghujung tahun ini.

Bercakap dalam satu majlis di Litar Spa-Francorchamps, syarikat dari Jerman itu mengesahkan bahawa persiapan pemba­ngunan sudah dijalankan bermula sejak enam bulan lalu.

Pengerusi Lembaga Pengurusan Audi, Markus Duesmann berkata, Audi akan berada dalam grid perlumbaan pada musim 2026 sebagai pengeluar enjin.

“Kami akan berlumba di F1 pada 2026. Sukan permotoran adalah sebahagian daripada DNA Audi. Formula 1 ialah pentas global untuk jenama kami dan juga makmal pembangunan yang sangat mencabar.

“Gabungan prestasi tinggi dan persaingan sentiasa menjadi pemacu inovasi dan pemindahan teknologi dalam industri kami.

“Dengan peraturan baharu, sekarang adalah masa yang sesuai untuk Audi melibatkan diri dalam perlumbaan Formula 1. Lagipun, Formula 1 dan Audi mengejar matlamat yang jelas,” kata Duesmann. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI