fbpx

Amaran ribut petir hampir semua negeri hingga lewat malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan hampir semua negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak hingga lewat malam ini berikutan cuaca buruk yang sedang berlaku.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan antara kawasan terlibat adalah keseluruhan negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Selain itu, beberapa daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim sedang menerima taburan hujan lebat serta ribut petir ketika ini.

“Turut terkesan adalah Gua Musang, Kelantan serta sebahagian negeri Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, beberapa kawasan di negeri Johor temasuklah Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat juga mengalami cuaca buruk pada tempoh yang sama iaitu sehingga pukul 2 pagi nanti.

Sementara itu, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda negeri Sarawak (Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang)).

“Cuaca buruk sama dilaporkan tertumpu di Labuan dan dijangka berterusan sehingga pukul 11 malam hari ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI