PETALING JAYA – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melakar sejarah sukan badminton Malaysia apabila muncul sebagai pemain dan gandingan pertama menjadi juara dunia.
Pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun sebentar tadi, beregu No.6 dunia itu menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan menerusi aksi straight set 21-19, 21-14. – KOSMO! ONLINE