fbpx

4 sungai di Selangor lepasi paras bahaya, amaran, waspada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Empat sungai di Selangor dilaporkan melebihi paras bahaya, amaran dan waspada setakat pukul 10 malam tadi.

Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Jijang di Taman Desa Merpati (Sepang) mencatatkan bacaan 13.49 meter (m) melebihi paras bahaya.

Bagi Sungai Damansara di Kampung Melayu Subang (Petaling) pula dilaporkan melebihi paras amaran dengan bacaan 17.30 m.

Selain itu, Sungai Buloh di Paya Jaras (Petaling) dan Sungai Langat di Bukit Changgang (Kuala Langat) masing-masing merekodkan bacaan 23.79 m dan 3.55 m melebihi paras waspada.

Dalam pada itu, keadaan sungai di sekitar Kuala Lumpur masih terkawal serta berada pada paras normal.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan hampir semua negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak hingga lewat malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI