fbpx

1,119 PATI masuk ikut Sungai Golok dicekup sepanjang tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kanan) menyaksikan serah terima tugas Op Wawasan Kelantan antara Mat Shukor (kiri) dan Mannadzar (kanan) di Markas Taktikal PGA Lubok Stol, Rantau Panjang hari ini. /FOTO ROHANA ISMAIL

PASIR MAS – Seramai 1,119 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki negara ini melalui pangkalan haram di kawasan Sungai Golok di sini dicekup sejak Januari lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, daripada jumlah tangkapan itu, PATI dari negara Myanmar merekodkan jumlah tertinggi diikuti Thailand, Vietnam, India dan Bangladesh.

Menurutnya, penangkapan PATI itu juga telah membawa kepada penahanan seramai 111 tekong darat dipercayai menjadi transporter kepada sindiket penyeludupan migran yang melibatkan sebanyak 63 kes di Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Tumpat, Pasir Puteh, Gua Musang dan Kuala Krai.

“Kes penyeludupan migran ketika ini dilihat amat ketara. Sehubungan itu, polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), tentera dan agensi lain sentiasa merancang strategi baharu untuk membanteras aktiviti penyeludupan PATI

“Setakat ini, modus operandi yang digunakan penyeludup sentiasa dapat dikesan anggota bertugas sekali gus membuktikan keberkesanan kawalan anggota terutama melalui Ops Wawasan yang dijalankan di kawasan sempadan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Op Wawasan Kelantan di Markas Taktikal Lubok Stol, Rantau Panjang di sini hari ini.

Majlis tersebut menyaksikan penyerahan tugas antara Serah tugas tersebut antara Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superitendan Mat Shukor Yusof kepada Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Supritendan Mannadzar Nasib.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, tiga batalion PGA iaitu PGA7, PGA8 dan PGA9 berjaya menumpaskan kes jenayah rentas sempadan membabitkan rampasan bernilai RM84 juta sepanjang tahun ini.

Dalam perkembangan lain, susulan kejadian letupan bom di wilayah selatan Thailand pada 17 Ogos lalu, beliau menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati untuk perjalanan ke negara tersebut.

“Orang ramai disarankan untuk tidak memasuki negara itu sekiranya tiada urusan penting. Sekiranya perlu, dapatkan dahulu maklumat semasa keadaan di sana melalui saluran yang sepatutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI