fbpx

Wanita tiga hari terkunci dalam tandas di rumah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesej “Terperangkap di sini sejak Ogos. 22, tidak boleh keluar” oleh mangsa semasa terkunci dalam tandas rumahnya. - Balai Polis Phra Khanong

BANGKOK – Seorang wanita  menarik nafas lega apabila dia  diselamatkan selepas  tiga hari terperangkap di dalam tandas di rumah sendiri, lapor laman berita Coconut News  hari ini.

Insiden berlaku di Phra Khanong apabila mangsa gagal keluar dari tandas  kerana tombol pintu rosak.

Sepanjang tiga hari ‘terpenjara’, wanita itu memberitahu,  dia mungkin akan mati sekiranya kakaknya tidak membuat laporan orang hilang di balai polis.

“Ia satu pengalaman yang mengerikan, saya terpaksa minum air mangkuk tandas untuk kekal hidrasi.

“Jika air itu habis, mungkin saya akan mati,” kata wanita itu.

Kakak wanita itu menghubungi polis malam Khamis lalu selepas tidak mendengar khabar daripada adiknya  sejak Isnin lepas. 

Kakaknya membawa pihak berkuasa ke rumah mangsa dan membongkar situasi sebenar.

Meskipun wanita itu kelihatan dalam keadaan sihat, polis  menasihatkan keluarganya untuk membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI