WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat yang baru sahaja bertunang meminta calon suaminya menandatangani sebuah kontrak untuk bersetuju menampung perbelanjaan hidupnya jika lelaki itu menjalinkan hubungan sulit, lapor akhbar New York Post semalam.
Chaylene Martinez dari Boise, Idaho memuat naik video mengenai kontrak itu di akaun TikToknya @SalamiiQueen.
“Tunang saya baru sahaja menandatangani dokumen undang-undang. Jika curang, dia perlu membayar bil saya.
“Jika dia curang, dia mengalami kesukaran. Saya sangat pintar atau gila. Saya tidak tahu,” katanya.
Lebih mengejutkan apabila netizen lebih tertarik untuk berkongsi pendapat mereka mengenai kesihatan mental wanita itu.
“Anda bijak dan berkuasa, ini menakjubkan,” kata seorang netizen.
“Ini adalah perkara paling bijak yang pernah saya dengar,” komen netizen lain. – Agensi