fbpx

Wanita awet makanan persediaan hadapi krisis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelsey jatuh cinta dengan seni mengawet makanan selepas berpindah ke ladang di Crown Point, Indiana bersama suaminya, Nathanial. - SWNS

WASHINGTON – Seorang wanita di Indiana, Amerika Syarikat (AS) sudah menyediakan 426 hidangan untuk menyara keluarganya untuk tempoh lapan bulan akan datang, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Kelsey Shaw, 30 menyimpan stok pantrinya penuh dengan sayur-sayuran segar dalam tin, makanan sudah dimasak, herba, nasi dan pasta.

Ibu tiga anak itu belajar cara mengawet makanan seperti jeruk dan rebusan daging lembu. Dia menggunakan kaedah seperti dehidrasi dan pengetinan air untuk memastikan almarinya penuh.

Kelsey mengambil masa tiga bulan untuk mengawet semua makanan dan mempunyai simpanan mencukupi untuk menyara keluarganya selama lapan bulan.

Keluarga itu menikmati makanan segar dari ladang semasa musim panas dan apabila musim sejuk tiba, mereka menggunakan stok yang diawet.

Kelsey mula mengawet makanan supaya keluarganya boleh makan makanan buatan sendiri sepanjang tahun. Dia juga bersedia untuk sebarang bencana alam atau wabak yang boleh mengganggu rantaian bekalan.

“Apabila berpindah ke ladang, kami mahu menjalani gaya hidup yang lebih perlahan dan ingin tahu apa yang kami makan dan dari mana ia datang.

“Saya mempelajari cara mengawet makanan dan belajar banyak cara seperti membuat jeli tongkol jagung yang rasanya seperti madu,” katanya.

Menurutnya, mempelajari pelbagai teknik pengawetan adalah sukar tetapi sangat berbaloi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI