fbpx

Tragedi buruk penganjuran konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECELAKAAN dalam konsert dipengaruhi banyak faktor, paling ketara kecuaian teknikal pentas dan cuaca buruk.

KONSERT Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 18 Ogos lalu menjadi pembuka tirai persembahan oleh selebriti antarabangsa membuat persembahan di Malaysia.

Sudah lebih seminggu berlalu, konsert penyanyi berusia 20 itu masih hangat diperkatakan sebagai indah khabar dari rupa.

Antaranya ialah harga tiket ratusan ringgit, namun penonton disajikan dengan sistem bunyi yang tidak selayaknya.

Penonton yang membeli tiket berharga paling murah iaitu RM308 pula kesal apabila kedudukan pentas terlalu jauh dan peliknya terdapat ruang kosong yang besar di bahagian tengah.

Selain Billie Eilish, sepanjang tempoh sehingga hujung tahun, sudah banyak pentas dan stadium sebenarnya sudah ditempah demi kelestarian banyak konsert artis tanah air dan luar negara.

Selain aspek kepuasan, teknikal dan keselamatan juga harus diutamakan penganjur. Gala minggu ini menyenaraikan antara penganjuran konsert terburuk pernah berlaku sehingga ada yang meragut nyawa.

Ariana Grande – Manchester, England

Konsert penyanyi terkenal Ariana Grande yang berlangsung di Manchester Arena, England pada 22 Mei 2017 telah meninggalkan trauma pada penyanyi itu sendiri.

Selepas berakhirnya konsert, penonton yang beransur-ansur keluar meninggalkan lokasi tiba-tiba dikejutkan dengan kejadian letupan bom yang meledak di sebuah pintu keluar di Manchester Arena.

Dalam kejadian tersebut, seramai 22 orang penonton mati di tempat kejadian, manakala ratusan yang lain cedera parah akibat letupan bom tersebut.

Pelaku yang bertanggungjawab terhadap letupan tersebut dikenali sebagai Salman Abedi, yang turut maut selepas bertindak meletupkan diri sendiri.

Grande yang sudah meninggalkan pentas ketika itu turut bersedih atas kejadian yang menimpa peminat. Dia turut menghulurkan bantuan wang pampasan kepada keluarga mangsa.

Sugarland – Indiana, Amerika Syarikat

Cuaca buruk turut menjadi punca kegagalan sesebuah konsert terbuka yang sepatutnya berlangsung dengan meriah berakhir dengan tragedi.

Seperti yang terjadi sewaktu konsert duo muzik ‘country’, Sugarland yang berlangsung di Indiana, Amerika Syarikat pada 13 Ogos 2011 lalu.

Sebelum konsert berlangsung, pihak berkuasa telah memberi amaran cuaca buruk yang bakal berlaku. Bagaimanapun, konsert tersebut tetap diteruskan. Ramalan cuaca buruk kemudiannya benar-benar berlaku.

Angin kuat beserta ribut petir telah membadai tapak konsert sehingga menyebabkan pentas utama runtuh.

Mujur sewaktu kejadian, Sugarland belum lagi tampil membuat persembahan. Bagaimanapun, seramai lima orang dilaporkan terbunuh, manakala beratus-ratus yang lain cedera dalam kejadian tersebut.

Travis Scott – Texas, Amerika Syarikat

Konsert penyanyi rap Travis Scott – Astroworld 2021 berlangsung pada 5 November 2021 di Huston, Texas, Amerika Syarikat.

Suasana terkawal dan tenang di tapak konsert tiba-tiba bertukar menjadi tragedi. Kehadiran puluhan ribu penonton sukar dikawal sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan.

Jumlah penonton yang sesak menyebabkan berlaku insiden tolak menolak sehingga meragut 10 nyawa, manakala ratusan cedera.

Pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian sukar memberikan bantuan kepada mangsa kerana keadaan yang tidak terkawal.

Semasa konsert, Scott hanya sempat melakukan persembahan selama 45 minit sebelum dibawa turun dari pentas utama selepas keadaan menjadi tidak terkawal.

Mirror – Hong Kong

Konsert kumpulan pop terkenal Hong Kong, Mirror di Hong Kong Coliseum bertukar tragedi selepas tiga orang termasuk seorang anggota kumpulan tersebut cedera apabila skrin video gergasi yang tergantung jatuh dan menghempap mereka ketika persembahan.

Rakaman kejadian tersebut tular selepas dimuat naik seorang penonton konsert.

Tiada penjelasan mengenai keadaan anggota Mirror tetapi akhbar South China Morning Post (SCMP) melaporkan bahawa dua penari lelaki kumpulan itu telah dibawa ke hospital dan mengalami kecederaan parah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI