fbpx

Sungai Klang, Taman Sri Muda lepasi paras waspada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dua sungai di Klang, Selangor direkodkan meningkat melebihi paras waspada ekoran hujan lebat berterusan sejak petang tadi.

Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 11.15 malam, Sungai Klang di Taman Sri Muda (Klang) direkodkan bacaan 4.70 meter (m) melebihi paras waspada.

Sementara itu, Sungai Buloh di Paya Jaras (Petaling) pula merekodkan bacaan 23.73 m melebihi paras waspada berbanding normal iaitu 22 m.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan hampir di semua negeri sehingga lewat malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI