KUALA LUMPUR – Kelibat sebuah kereta perisai milik Unit Tindakan Khas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada di tempat parkir Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTCKL) di sini malam ini.
Kosmo! difahamkan kereta perisai tersebut dinaiki oleh salah seorang pemimpin tertinggi parti itu untuk menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sedang berlangsung ketika ini.
Bagaimanapun, tidak dapat disahkan siapa pemimpin UMNO yang menggunakan kenderaan itu dan apa tujuan sebenar kereta perisai berkenaan berada di situ.
Sehingga kini mesyuarat MKT UMNO masih berlangsung.
Terdahulu, tular di laman sosial berkenaan sebuah kereta perisai di tempat parkir kenderaan di WTCKL sambil diringi oleh beberapa orang anggota keselamatan.-KOSMO! ONLINE