fbpx

PTPTN sedia bantu peminjam bermasalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Apli (belakang, tujuh kiri) bersama sebahagian pengamal media Terengganu pada majlis Mesra bersama PTPTN di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia membantu peminjam yang masih mempunyai masalah kewangan bagi melunaskan baki pinjaman mereka.

Pengerusi PTPTN, Apli Yusoff berkata, peminjam terbabit tidak sepatutnya mendiamkan diri kerana kegagalan membayar ansuran bulanan dikhuatiri boleh memberi implikasi kewangan kepada mereka ekoran rekod buruk pada laporan kredit.

“PTPTN memahami segelintir peminjam menghadapi masalah seperti kehilangan kerja dan kekurangan punca pendapatan ekoran pandemik Covid-19 sejak lebih dua tahun lalu.

“Sehubungan itu, kami sentiasa fleksibel dan membuka pintu rundingan. Tampil bersemuka dengan pegawai PTPTN untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya pada majlis mesra bersama pengamal media di sini malam tadi.

Apli berkata, peminjam terbabit sebenarnya tidak perlu membayar kesemua ansuran yang tertunggak sebelum ini sekali gus.

Sebaliknya, beliau menjelaskan PTPTN bersedia menawarkan jalan penyelesaian terbaik termasuk penstrukturan semula pinjaman sehingga peminjam berusia 60 tahun.

“Antara kaedah penyelesaian yang boleh dilakukan seperti mengurangkan amaun ansuran bulanan dan memanjangkan tempoh pinjaman,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI