fbpx

Polis ugut berkas pengawal ‘clamp’ motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI polis itu ditemubual pemberita tempatan mengenai kejadian tersebut. - Facebook

BANGKOK – Seorang anggota polis Thailand mengancam untuk menangkap pengawal keselamatan selepas tayar motosikalnya dikapit dalam insiden di sebuah kondominium di Bangkok, lapor laman berita Thaiger.

Polis itu juga enggan membayar denda parkir yang dikenakan ke atasnya.

Laman Facebook @Red Skull berkongsi klip video memaparkan seorang anggota polis bertengkar dengan pengawal keselamatan tersebut  di sebuah kondominium di daerah Bang Sue.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, lelaki berbaju merah yang dikatakan anggota polis berkenaan menjerit ke arah dua pengawal keselamatan.

“Siapa memasang pengapit tayar padanya? Adakah anda tidak melihat logo polis? Berani kalian buat macam tu? Siapa yang akan bertanggungjawab jika saya tidak dapat berkhidmat dengan permotoran diraja tepat pada masanya? 

“Saya telah tinggal di kondominium ini selama bertahun-tahun dan bercakap dengan ahli undang-undang tentang tempat letak kereta sejak saya berpindah. Anda tidak cukup mengenali saya.

“Jumpa di mahkamah, ok? Saya akan kemukakan aduan terhadap kalian!” katanya.

Seorang pengawal keselamatan mengaku dia mengunci motosikal itu, manakala seorang lagi berkata dia terpaksa melakukannya kerana itu adalah tugas mereka.

“Awak memang bodoh! Apabila saya menjadi inspektor polis di balai polis di kawasan ini, saya akan menangkap kamu,” katanya lagi.

Pengguna akaun itu menjelaskan di ruangan komen bahawa seorang anggota polis di daerah itu tiba di lokasi kejadian dan memberitahu pengawal keselamatan tersebut untuk menanggalkan pengapit tayar.

Dia juga memberitahu pengawal keselamatan untuk mengetepikan denda 1,500 baht (RM185) dan mengarahkan mereka membenarkan semua polis meletak kenderaan di kondominium tersebut secara percuma pada masa akan datang.

Ramai netizen Thailand mengecam tindakan anggota polis itu. Polis Diraja Thailand atau balai polis tempat pegawai itu bertugas tidak memberikan sebarang maklumat terkini dan identitinya tidak didedahkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI