fbpx

Peserta ratu cantik cipta sejarah, enggan disolek ketika bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Melisa Raouf peserta Miss England pertama tidak bersolek semasa bertanding. – New York Post

LONDON – Seorang pelajar jurusan politik mencipta sejarah apabila menjadi peserta Miss England pertama yang tidak bersolek sejak 94 tahun penganjuran pertandingan ratu cantik berkenaan, lapor akhbar New York Post semalam.

Melisa Raouf, 20, yang berasal dari London berkata, dia memutuskan untuk tampil tanpa solekan dalam usaha mempromosikan kecantikan dalaman sekali gus mencabar pesohor kecantikan di media sosial.

“Ia amat bermakna bagi saya kerana merasakan ramai gadis daripada pelbagai peringkat usia bersolek kerana berdepan tekanan untuk berbuat sedemikian.

“Jika seseorang itu gembira dengan kulit mereka sendiri, dia tidak seharusnya dipaksa menutup wajah aslinya dengan solekan. Kelemahan menjadikan siapa kita sebenarnya dan perkara itu menjadikan setiap individu unik,” katanya.

Ini adalah pertama kali peserta pertandingan ratu cantik itu memilih untuk tidak bersolek sepenuhnya. 

Sebelum ini, penganjur acara Miss England memperkenalkan pusingan ‘Bare Face’ pada 2019. 

Penganjurnya, Angie Beasley berkata, pusingan itu bertujuan menggalakkan wanita untuk menonjolkan diri mereka tanpa bersembunyi di sebalik solekan dan ‘filter’ di media sosial.

“Ini adalah kali pertama saya melihat seorang peserta tanpa solekan bersaing di peringkat separuh akhir dan dia bersemangat menandingi semua peserta lain.

“Saya ucapkan semoga Melisa bertuah dalam pertandingan Miss England 2022,” kata Beasley. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI