fbpx

Pelajar universiti dipanah petir di dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAM Apple Watchnya meletup membuatkan pergelangan tangannya melecur. - Facebook/ Erin Eggler

WASHINGTON – Seorang remaja di Alabama, Amerika Syarikat bernasib baik terselamat apabila panahan petir mengenai dadanya pada hari pertama dia mengikuti pembelajaran di sebuah universiti, lapor akhbar New York Post semalam.

Emma Eggler, 18, baru berpindah ke bandar Pensacola hujung minggu lalu sebelum dipanah petir pada hari pertamanya di kampus Universiti West Florida, kata mangsa kepada saluran televisyen WEARTV.

“Saya sebenarnya tidak merasakan apa-apa. Apabila sedar, saya telah rebah di atas tanah.

“Saya lebih malu kerana menyangka tersadung dan jatuh ke tanah. Kemudian saya sedar tidak dapat bergerak, bercakap dan berbuat apa-apa,” katanya kepada saluran televisyen WKRG dalam temu bual berasingan.

Seorang pelajar senior, Nelson Libbert bergegas membantu mangsa di lokasi kejadian.

Doktor memberitahu Eggler bahawa petir nyaris mengenai jantungnya. Dia berjaya mengelak terkena serangan jantung akibat impak tersebut kerana usianya yang masih muda.

“Baju saya terbakar sepenuhnya kerana disambar petir. Ia cair pada badan saya,” katanya kepada WEARTV.

Petir itu menyebabkan dada dan perutnya melecur, begitu juga pergelangan tangannya selepas jam Apple Watchnya meletup.

Ia mengalir ke kaki kiri lalu menyebabkan stoking dan kasutnya berlubang. Emma pada awalnya khuatir dirinya lumpuh, namun bernasib baik kerana perkara itu tidak berlaku. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI