fbpx

Liga Perdana Inggeris: Man. United lakar kemenangan tipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Manchester United meraikan jaringan tunggal yang dilakukan oleh Bruno Fernandes sebentar tadi.

LONDON – Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United meneruskan rentak kemenangan selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Southampton pada aksi di Stadium St. Mary sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Red Devils kendalian Erik Ten Hag mengekalkan kesebelasan yang sama seperti menewaskan Liverpool awal minggu ini dengan jentera serangan diketuai Marcus Rashford.

United dilihat memiliki banyak peluang keemasan menerusi gerakan Rashford, Bruno Fernandes, Jadon Sancho dan Anthony Elanga tetapi berjaya dipatahkan oleh penjaga gol tuan rumah, Gavin Bazunu.

Pasukan The Saints turut mendapat beberapa peluang keemasan tetapi percubaan penyerang utama, Che Adams gagal menerjah jaring dengan keputusan 0-0 tamat pada babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, United dilihat mula memperkemaskan jentera serangan dan memiliki peluang awal menerusi Scott McTominay dan Raphael Varane.

Gol yang dicari United akhirnya tiba hasil penyudah menarik yang dilakukan oleh Fernandes pada minit ke-55 selepas menerima hantaran Diego Dalot.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad kendalian Ralph Hassentuttl terus mengasak dalam usaha memburu gol penyamaan tetapi setiap percubaan yang dilakukan tidak menemui sasaran.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan United kini meraih enam mata daripada empat aksi liga musim ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI