WELLINGTON – Seorang lelaki New Zealand tidak dapat membuang air kecil selama tiga bulan akibat terjatuh dari ketinggian hampir 3 meter ke atas tiang pagar, lapor portal berita MailOnline semalam.
Lelaki berusia 49 tahun itu mula mengeluarkan darah pada hujung zakarnya selepas terjatuh dengan tiang itu terkena kemaluannya.
Penduduk Auckland itu menderita dan sukar membuang air kecil. Dia pergi ke Hospital Auckland City di mana doktor mendapati uretra iaitu saluran kencingnya rosak.
Imbasan menunjukkan terdapat lubang pada saluran itu dan menyebabkan darah dari saluran berdekatan masuk ke dalam uretranya.
Sebelum uretranya sembuh, mereka memasang tiub padanya selama tiga bulan untuk membolehkan dia membuang air kecil ke dalam beg di luar badan.
Setelah pesakit itu pulih sepenuhnya, doktor mengeluarkan tiub tersebut untuk membiarkan dia kencing secara normal.
Kecederan pesakit itu diterbitkan dalam jurnal perubatan Urology Case Reports. – Agensi