fbpx

Lee Zii Jia akui banyak buat silap pada Kejohanan Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA gagal mengulangi pencapaian ketika menewaskan Jun Peng pada suku akhir Terbuka Jerman Mac lalu.

KESILAPAN demi kesilapan yang dilakukan pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia di pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun membawa padah tersingkir daripada saingan.

Pada aksi di Gimnasium Me­tropolitan Tokyo kelmarin, juara Asia itu akur gagal mencapai sasaran untuk menjadi juara dunia selepas tewas dalam aksi tiga set 19-21, 21-11, 19-21 kepada pemain China, Zhao Jun Peng.

Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu mengakui, kesilapan mudah yang dilakukan sepanjang aksi nyata memberi kelebihan kepada Jun Peng.

“Saya fikir saya banyak me­lakukan kesilapan pada perlawanan hari ini (kelmarin). Selain itu, Zhao (Jun Peng) juga bermain sangat baik dalam keseluruhan permainan,” kata pemenang kejohanan Seluruh England (All England) 2021 itu.

Pada masa sama, pemain No. 5 dunia itu turut menjelaskan, dia perlu bermain lebih sabar selepas ini selain mahu memastikan corak permainannya lebih konsisten menjelang kejohanan akan datang.

“Sasaran saya selepas ini adalah untuk pastikan permainan lebih stabil, selain bermain de­ngan lebih sabar. Saya juga mahu memastikan agar dapat mengawal permainan dengan lebih baik nanti,” ujar Zii Jia.

Kekalahan itu bukan sahaja menyaksikan hasratnya untuk menjadi juara dunia tidak ­kesampaian, malah turut gagal mengulangi pencapaian ketika menewaskan Jun Peng di suku akhir Terbuka Jerman Mac lalu.

Sebagai rekod, pemain berusia 24 tahun itu menjadi tum­puan apabila menarik diri daripada menyertai temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 bagi memberi tumpuan terhadap Kejohanan Dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI