fbpx

Karim Benzema dinobat pemain terbaik Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA (kiri) diangkat sebagai Pemain Terbaik Eropah, manakala Ancelotti diiktiraf sebagai Jurulatih Terbaik Eropah. – AFP

ISTANBUL – Penyerang sensasi Real Madrid, Karim Benzema menepati ramalan selepas diiktiraf sebagai Pemain Terbaik Eropah pada tahun ini susulan kejayaan membantu The Galacticos menjuarai Liga Juara-Juara dan gela­ran La Liga musim lalu.

Kata Benzema, prestasi konsisten yang dipamerkan musim lepas sangat luar biasa terutama selepas menjaringkan 15 gol pada kempen Liga Juara-Juara untuk memastikan Real merekodkan kejuaraan ke-14 dalam sejarah.

Malah, penyerang antarabangsa Perancis itu turut memuji pengendali Real, Carlo Ancelotti sebagai punca utama prestasinya naik mendadak bermula kempen musim lepas.

“Saingan musim lalu cukup istimewa buat saya khususnya apabila berjaya membantu pa­sukan menjuarai saingan Liga Juara-Juara. Jika ditanyakan detik terbaik sudah tentu sewaktu menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) di peringkat kalah mati.

“Selain itu, saya juga mahu mendedikasikan anugerah yang diterima ini kepada Ancelotti kerana meletakkan kepercayaan tinggi buat saya dan tidak dinafikan dia adalah jurulatih terbaik dunia ketika ini,” katanya yang kini berusia 34 tahun.

Sementara itu, Ancelotti turut menerima pengiktirafan sebagai Jurulatih Terbaik Eropah selepas menjadi pengendali terbanyak menjuarai trofi Liga Juara-Juara dengan empat gelaran.

“Kejayaan musim lepas adalah hasil daripada kombinasi pemain muda serta senior dan pujian wajar diberikan kepada mereka kerana memudahkan kerja saya untuk membantu pasukan menjulang dua kejuaraan penting,” kata Ancelotti.

Trofi Pemain Terbaik Eropah bagi kategori wanita pula dimenangi oleh penyerang sensasi Barcelona, Alexia Putellas yang berjaya menewaskan jaguh bola sepak England, Beth Mead dan bintang Jerman, Lena Oberdorf. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI