fbpx

Kakitangan MBPJ maut motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas melanggar besi penghadang di tengah jalan dalam kejadian di Kilometer 243.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Kuala Kangsar.

KUALA KANGSAR – Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 243.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, Mohd. Zairol Idris, 42, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggang mangsa hilang kawalan ketika berada di lorong kiri.

Katanya, motosikal tersebut kemudian terbabas meluru masuk ke lorong kanan sebelum merempuh besi penghadang jalan di tengah lebuh raya.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian termasuk mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati punca nahas disebabkan motosikal hilang kawalan dan terbabas sendiri melanggar besi penghadang jalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI