fbpx

Jokowi dedah ciri-ciri pengganti jawatan Presiden Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi mahu bakal penggantinya mampu menjaga kebajikan seluruh rakyat Indonesia termasuk di 17,000 kepulauan republik itu. - Kompas

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mendedahkan ciri-ciri pemimpin yang diinginkan bagi  menggantikan beliau pada tahun 2024, lapor laman berita Kompas, kelmarin.

Klip video mengenainya yang dimuat naik dalam  akaun Twitter rasmi beliau  @jokowi itu adalah sebahagian daripada wawancara khas Presiden yang telah disiarkan di MetroTV.

Dalam hantaran tersebut, Jokowi menyertakan ayat pengenalan tentang sosok ideal pemimpin masa depan Indonesia.

“Cabaran global semakin sukar. Halangan semakin besar. Di tengah-tengah situasi itu, apakah jenis pemimpin yang Indonesia perlukan pada masa hadapan?

“Jadi tokoh masa depan mestilah pemimpin yang sanggup bekerja keras, mempunyai kepimpinan yang mantap dan sentiasa memihak kepada kepentingan rakyat,” katanya.

Jokowi berkata, rakyat yang dimaksudkan bukan sahaja di Jakarta atau Pulau Jawa tetapi di seluruh Indonesia.

“Rakyat bukan hanya orang di Jakarta atau orang di Jawa, tetapi di 17,000 pulau yang kita miliki,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI