fbpx

Isu warga China tak keluar Malaysia, KDN akan beri penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (dua kanan)menerima borang keahlian baru Bersatu selepas merasmikan cawangan-cawangan Bersatu Bahagian Larut di Dewan Orang Ramai Selama semalam. /FOTO WAT KAMAL ABAS

LARUT – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat penjelasan semula berhubung isu seramai lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini antara 2018 hingga 2021.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika diminta mengulas isu tersebut mengesahkan kementeriannya akan memberi penjelasan berhubungi perkara berkenaan.

“Jumlah itu tidak betul. Kita akan betulkan untuk memperbaiki persepsi yang salah,” katanya selepas merasmikan persidangan serentak cawangan-cawangan Bersatu Bahagian Larut, semalam.

Berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen (JIM), ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang keluar dari Malaysia bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu iaitu kurang 1,222,278 berbanding bilangan yang masuk ke negara ini.

Perkara itu dijelaskan menerusi jawapan bertulis KDN kepada soalan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya yang bertanya mengenai bilangan warga China yang masuk dan keluar semula dari negara ini antara tahun 2018 hingga 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI