fbpx

India larang eksport tepung gandum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG buruh bekerja di dalam kilang tepung gandum yang ditapis di Khanna dalam negeri Punjab, India pada 18 Mei lalu. - AFP

NEW DELHI – India meluluskan dasar melarang eksport tepung gandum dalam usaha menurunkan harga di pasaran domestik, lapor laman berita RT kelmarin. 

Langkah itu dibuat selepas New Delhi menyekat eksport bijirin gandum pada pertengahan Mei lalu bagi memenuhi bekalan domestik ketika fenomena gelombang haba menjejaskan hasil tuaian.

Kekurangan bekalan berikutan faktor tetsebut mengakibatkan harga gandum di India meningkat ke paras tertinggi.

Pada bulan lalu, kerajaan melanjutkan dasar berkaitan tepung gandum tetapi tidak melarang eksport tepung gandum. 

Peniaga-peniaga sebaliknya perlu mendapatkan kebenaran sebelum menghantar produk ke luar negara.

Bagaimanapun, larangan keatas eksport gandum mengakibatkan permintaan kepada tepung gandum dari India meningkat dengan eksport dipercepatkan. 

Kadar eksport melonjak 200 peratus tahun ke tahun antara April hingga Julai 2022.

Akibatnya, harga di pasaran domestik juga meningkat sehingga memaksa kerajaan untuk campur tangan.

“Terdapat dasar untuk tidak melarang atau meletakkan sebarang sekatan ke atas eksport tepung gandum.

“Oleh itu, rombakan sebahagian dasar berkenaan diperlukan termasuk menari balik kebenaran eskport tepung gandum untuk memastikan jaminan makanan dan mengekang harga yang semakin meningkat,” kata New Delhi dalam satu kenyataan kelmarin. 

Menurutnya, keputusan itu dilaksanakan bagi memastikan 1.4 bilion penduduk India mendapat bekalan makanan.

Gandum merupakan tanaman bijirin utama di India. Negara itu adalah merupakan pengeluar gandum kedua terbesar di dunia selepas China.

India mengeluarkan 109 juta tan gandum pada tahun lalu tetapi hanya mengeksport sekitar tujuh juta tan.

Gelombang panas yang dahsyat pada Mac dan April lalu hasil gandum merosot sebanyak lima peratus dan mencetuskan kebimbangan kekurangan komoditi itu  dalam pasaran domestik.

Harga gandum tempatan melonjak kepada 24,500 rupee  (RM1,372) pada tahun ini. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI