fbpx

Ibu Meerqeen pun tular, popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENANGAN Meerqeen, kini ibunya Suraya turut menjadi sasaran tempat peminat meluahkan perasaan.

POPULARITI yang diraih pelakon meningkat naik Meerqeen ternyata memberi tempias kepada ahli keluargannya, termasuk ibunya yang dikenali sebagai Suraida.

Masakan tidak, siaran langsung Instagram ibunya baru-baru ini dibanjiri dengan komen netizen yang terdiri daripada kalangan wanita yang juga peminat anaknya.

Lucunya, rata-rata komen yang diterima ialah permintaan ingin menjadi menantu Suraida atau dengan kata lain, mahu menjadi isteri kepada Meerqeen.

Sangat ramah melayan, Suraida memberitahu dia terbuka untuk menerima mana-mana wanita sebagai isteri Meerqeen dan tidak meletakkan sebarang syarat dalam hal tersebut.

“Saya nak masuk meminang anak mak ciklah dan hantaran senaskah al-Quran boleh?” gurau seorang netizen.

“Cantiknya ibu mentua onlineku,” komen seorang lagi netizen wanita.

Selain dari Malaysia, peminat wanita Indonesia turut membanjiri siaran langsungnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI