fbpx

Ibu cemas anak terkunci hampir 10 minit dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak berusia dua tahun dipeluk ibunya selepas diselamatkan anggota bomba di Kubang Kerian, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila anak perempuannya berusia dua tahun terkunci dalam kereta hampir 10 minit semasa dia keluar membeli barangan di sebuah kedai serbaneka di Kubang Kerian di sini hari ini.

Kejadian disedari wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu kira-kira pukul 1.39 tengah hari selepas dia meninggalkan kunci kereta jenis Perodua Axia dipandunya di dalam kereta itu bersama anaknya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, wanita itu tidak dapat membuka pintu kereta sebelum mendapati anak perempuannya terkunci dari dalam.

Menurutnya, cemas dengan situasi itu, ibu kanak-kanak tersebut menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira tiga minit untuk membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa berjaya diselamatkan selepas terperangkap hampir 10 minit di dalam kereta itu sebelum diserahkan kepada ibunya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI