fbpx

Danny Mikhail raih tempat ke-10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Danny beraksi pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Pelumba pasukan Tobaki Pink Racing, Danny Mikhail Khairul Fauzi berjaya menduduki tempat ke-10 dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu di sini hari ini.

Danny yang beraksi dalam kategori Wira KBS menamatkan perlumbaan 12 pusingan itu dengan catatan masa 10 minit 53.106 saat untuk mengutip enam lagi mata berharga musim ini.

Nasib berbeza pula dialami wakil tunggal pasukan Tobaki Pink Racing dalam kategori CP125 apabila pelumba sandaran, Harith Farhan Baharin gagal menamatkan perlumbaan.

Bermula di petak ke-11, Harith ketinggalan di kedudukan ke-15 sebelum kembali memecut di tempat kesembilan namun masalah jentera memaksa dia menarik diri ketika saingan berbaki empat pusingan.

Prinsipal pasukan Tobaki Pink Racing, Nur Atikah Azwar, mengakui nasib tidak menyebelahi mereka dalam kategori CP125 gara-gara isu teknikal sekaligus mengecewakan Harith di laman sendiri.

“Menuju hujung saingan, peluang Harith untuk berada dalam kelompok lima terbaik nampak cerah malangnya masalah jentera yang dialami sejak semalam berulang dan gagal diatasi.

“Pencapaian Danny dalam kategori Wira KBS mengubati kedukaan kami dan isu teknikal melibatkan jentera akan dibaiki untuk saingan di Tangkak, Johor bulan depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI