fbpx

Ahmad Zahid tidak pernah minta ‘simpati’ PM gugurkan kes mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid berucap pada Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. FOTO AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri ketika ini mahupun sebelumnya untuk mengugurkan kesnya di mahkamah.

Sebaliknya Ahmad Zahid berkata, beliau sentiasa berpegang teguh kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang ada ketika ini.

Malah kata beliau, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Tun Razak juga membuat perkara sama ketika ini yang tidak meminta ‘simpati’ Perdana Menteri mengugurkan kesnya.

“Saya tidak pernah menuntut supaya kes saya digugurkan sama ada kepada Perdana Menteri Ke-8 (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ataupun kepada Perdana Menteri sekarang orang parti kita (UMNO) untuk mengugurkan kes di mahkamah.

“Begitu juga dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Kami cuma mahu membersihkan nama di mahkamah,”katanya ketika berucap di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, apa yang Najib mahu adalah satu perbicaraan yang adil.

“Apa yang dipohon hanyalah penangguhan sementara bagi membolehkan pasukan peguamnya membuat persediaan rapi.Bukan pengguguran kes atau sengaja untuk melengahkan kes,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI