KUALA LUMPUR – Hampir kesemua pimpinan tertinggi UMNO hadir di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini bagi menghadiri satu taklimat khas petang ini.
Antara yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Turut hadir pada taklimat itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta pimpinan tertinggi yang lain.
Difahamkan, taklimat pada petang ini akan menyentuh isu-isu semasa khususnya membabitkan parti secara keseluruhan dan perkembangan terkini.
Di luar dewan taklimat pula, kelihatan beberapa ‘tong khas’ yang disediakan kepada orang ramai untuk menulis nukilan buat Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, terdapat beberapa perwakilan yang membawa sepanduk menyatakan solidariti terhadap bekas perdana menteri itu. – KOSMO! ONLINE