fbpx

Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke final Kejohanan Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Wooi Yik percaya, masih ada ruang yang perlu diperbaiki meskipun sudah bergelar juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun bulan lalu.

PETALING JAYA – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selangkah mencipta sejarah baharu arena badminton tanah air apabila mara ke pentas final Kejohanan Dunia 2022 di Tokyo, Jepun.

Kejayaan itu hadir selepas Aaron dan Wooi Yik menewaskan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 20-22, 21-18, 21-16 pada aksi separuh akhir di Gimnasium Tokyo Metropolitan sebentar tadi.

Ia adalah kemenangan keenam berturut-turut berjaya dilakar pasangan negara di ranking keenam dunia itu ke atas Rankireddy-Chetty sepanjang enam pertemuan antara mereka sejak 2017.

Di final esok, Aaron-Wooi Yik akan bertemu bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan yang menewaskan rakan senegara, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 23-21, 12-21, 21-16.

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik pernah menewaskan beregu yang diberi gelaran ‘The Daddies’ itu 21-13, 20-22, 21-19 pada Terbuka Malaysia 2022 dan 17-21, 21-17, 21-14 sewaktu Sukan Olimpik Tokyo 2020 lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI