fbpx

16 kru kapal diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 16 kru kapal yang hanyut selama dua hari di laut dekat perairan Pulau Pemanggil, Mersing di sini berjaya diselamatkan petang semalam.

MERSING – Seramai 16 kru kapal yang hanyut selama dua hari di laut dekat perairan Pulau Pemanggil di sini berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, bot penumpang dinaiki mangsa hanyut selepas kehabisan bekalan minyak ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Batam.

Katanya, Pusat Operasi Zon Maritim Mersing yang menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Johor Bahru telah menghantar Bot Perkasa 44 ke lokasi dan telah menyelamatkan kesemua mangsa di kedudukan lebih kurang 5 batu nautika Barat Daya Pulau Pemanggil.

“Siasatan awal mendapati, kesemua mangsa merupakan kru kapal dagang MT Voras yang diturunkan dari kapal di perairan Sedili dan menaiki bot penumpang seterusnya hanyut kira-kira 40 batu nautika ke perairan Pulau Pemanggil selama dua hari sejak Rabu lalu.

“Kru kapal tersebut terdiri daripada tujuh kru warga Indonesia, enam warga Sri Langka dan tiga warga India termasuk kapten kapal. Kesemua mereka berusia 22 hingga 64 tahun. Mereka dibawa ke jeti untuk pemeriksaan lanjut dan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI